Protected by Copyscape Unique Content Checker
;;
PERCUMA SABUN SUSU BERAS dengan setiap pembelian Bedak Arab Kokuryu
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA
----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Monday, March 25, 2013

surprise dari blogger masakan terkenal

Photobucket
hari jumaat lepas kita dapat satu parcel terbang melayang dari Sarawak, jauh tak jauh tak? hehe... parcel sampai terus kita buka nak tengok isi dalam, haritu kita dapat dari dia


kali ni parcel tersebut dikirimkan oleh mama dia a.k.a dari salah seorang blogger masakan yang terkenal iaitu aunty reen.. aunty reen bagi kat kita 4 kek cekelat dan dua botol acuan roti jala


isi dalam yang ada dalam parcel tersebut, tinggal tiga bekas sebab lagi satu bekas dah habis dimakan, bangun pagi lepas sarapan terus buka peti sejuk makan kek 

selain tu *dah kenapa aku macam tulis karangan SPM ni errr*, aunty reen ada bagi kita dua botol acuan roti jala.. jeng jeng jeng 


siapa yang berminat boleh dapatkan sekarang dari aunty reen, boleh hubungi aunty reen di emel dan fesbuk seperti yang tertera dalam gambarajah di atas

tapi kan... kita tak reti buat roti jala berkaler-kaler pelangi macam aunty reen buat, roti jala memang kita tahu buat, i mean berkaler macam gambar dekat bawah ni


cantik kan? ni salah satu hasil tangan dari aunty reen, ada banyak lagi... korang google nama reen khan roti jala, macam-macam image keluar... serious cantik


roti jala macam ni yang kita reti buat sebab dah biasa buat macam ni... tak reti buat kaler-kaler tapi kalau tak reti boleh belajar kannnnn? =)

terima kasih dekat aunty reen untuk kek dan dua botol acuan roti jala, kek sedap... ok lepas ni boleh try and error buat roti jala berkale-kale dengan menggunakan dua botol acuan tersebut

ouhh ye, aunty reen ada blog >> air tangan reen khan... macam-macam resipi ada dan dinasihat buka pada waktu malam untuk mengenyangkan perut yang sentiasa berkeroncong
nota lappy: klik dekat air tangan reen khan,  nanti keluar link blog aunty reen, terima kasih sekali lagi aunty.. moga perniagaan semakin berkembang maju dan dimurahkan rezeki 

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

2 kritikan membina

Wednesday, March 20, 2013

bermula dari perasaan benci

Photobucket
sekian lama tak update blog membebel... dah macam nyawa-nyawa ikan, kesian kita tengok blog kita ni... baru hari ini terasa nak membebel kejap

kita nak tanya, pernah tak korang ada di dalam situasi di mana orang tu suka korang tapi korang menyampah benci gila dengan orang tu?? kita pernah kena macam ni masa 6 bulan yang lepas *tapi nak juga cerita sebab ada kaitan sehingga sekarang*

Al-kisahnya kita kenal dengan seseorang ni, dia ni al-tak-faham-bahasa betul... orang dah cakap tak suka tu maknanya tak suka laaaa!!!

tapi dia ni kan seboleh-boleh nak berusaha juga, tak putus asa katanyeeeee *tangan di dada mata pandang atas*

puas dah garang-garang, buat keras hati kita, keras kepala kita tapi dia ni tak faham-faham juga =___="

tapi entah macam mana satu hari tu, TERjatuh sayang dekat dia... macam magik, betul orang-orang tua cakap, jangan terlalu benci sebab perasaan benci tu boleh bertukar jadi sayang



kita selalu dengar quote macam kat atas ni & kita decide nak bagi peluang dekat dia dan juga dekat diri sendiri

mula-mula memang tak boleh... seriously tawar hati, tak nak lukakan diri sendiri.. tak nak sakit pedih ngilu lagi

bila fikir positif, buka minda, buka hati lama kelamaan Alhamdulillah kita dapat terima kehadiran dia sepenuhnya

orang yang mencintai kita akan lebih menghargai kita sepenuhnya dari orang yang kita bersusah-susah jaga hati demi orang yang kita cintai, kenapa macam tu?

sebabnya orang yang mencintai kita tahu betapa susah payahnya nak memiliki hati kita tapi bila dah memiliki.. dia akan menghargai sepenuhnya
cintailah orang yang mencintai dirimu berbanding kamu mencintai orang yang tidak mencintai dirimu.. kerana  orang yang mencintai dirimu tu akan menyayangi dan lebih menghargaimu berbanding orang yang tidak mencintaimu yang mungkin tidak menghargaimu...
jangan jadikan sejarah lama sebagai penghalang untuk buat diri bahagia.. dah tiba masanya beri peluang dekat diri sendiri dan juga orang lain untuk membahagiakan kita

harapnya rasa bahagia ni bukan hanya untuk sementara tapi untuk selamanya, insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya
nota lappy: kecewa pada masa lalu tidak bermakna selamanya kita akan merasa kecewa, dari kekecewaan tersebut akan terbit sebuah kebahagiaan tanpa kita jangka

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

0 kritikan membina

Wednesday, December 5, 2012

kejutan dari sarawak

Photobucket
dapat kejutan dari Sawarak, yeay  yeay suka suka... apa kejutan sangat tu? dapat tiket percuma untuk pergi ke Sarawak ke?

bukan bukan.. bukan tiket free tapi lebih daripada tiket, masa tu kita tengah sibuk siapkan jadual kelas kita  dekat word untuk sem ni

itula, siapa suruh tak pergi sesi mesra pelajar (mesraaaaa sangattttt), kalau pergi dapat jadual, tak perlu susah-susah nak buat jadual

ok kita lupakan kejap pasal tu, sambung cerita pasal kejutan ni.. tengah sibuk siapkan jadual tetiba bunyi van posmen datang lepastu hon

terus berlari keluar dapatkan abang posmen hensem tu *oke itu tipu*, takdela kita pergi dekat abang posmen tu, excited sangat sampai tak tengok kiriman tu dari siapa

lepastu abang posmen tu tanye "betul tak parcel tu?", kita pun angguk cakap betul... yeayy yeayy seronok masuk rumah tengok parcel
tengokkkk.. eja nama kita pon salah :(, merajuk kang baru tahu :P
besarnyaaa.. tengok dekat bahagian keterangan item.. kek lapis sarawakkkk hihi, yeayyyy terima kasih wak bagi kita kek lapis sarawak ni :)

sebenarnya dah lama mengidam kek lapis sarawak ni, masa kita dari sem4.. dah nak masuk sem5 baru dapat hehe.. itpun nasib baik orang tu bagi

tekak mengada memang macam ni, mengalahkan orang pegnen (pregnant), agaknya kalau pregnant mahu merajuk kalau tak dapat :P


Alhamdulillah rezeki orang nak bagi hehe.. terima kasih much awak, makan kek tu sampai lebam hihik, btw dia bukan orang sarawak, kisah tentang dia nanti-nanti kita cerita... buatnya tak ada jodoh, meroyan lebih nanti susah :P
nota lappy: Alhamdulillah hampir 5 tahun, patah tak berganti-ganti.. sekarang insyaAllah berganti, walaupun yang tumbuh dan berganti tak sama dengan yang telah pergi, itu bukan bermakna dia tak baik pada kita.. mungkin yang berganti ini lebih baik & menghargai kita =)

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

10 kritikan membina
 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!